KDN nafi tawar 50% diskaun saman trafik

KDN nafi tawar 50% diskaun saman trafik. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan poster tular yang mendakwa polis menawarkan diskaun 50% ke atas saman trafik.

Poster yang tertera logo KDN itu menyebut, diskaun 50% akan dikenakan bagi kesalahan trafik tertentu dari 28 Nov hingga 3 Dis.

“Poster digital yang tular di laman sosial serta aplikasi Whatsapp berkaitan “Diskaun Saman Trafik 50%” adalah tidak benar dan palsu.

“Poster tersebut telah diubah suai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata KDN di laman Facebook rasminya.

KDN turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada menyebarkan maklumat palsu dan mengesahkan maklumat sebelum disebar.

Sebelum ini, polis telah memberikan diskaun yang besar untuk saman trafik.

Pada Ogos, diskaun sebanyak 50% ditawarkan semasa program Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor selama tiga hari dari 19 hingga 21 Ogos.

Polis turut menawarkan diskaun 80% semasa program 100 Hari Keluarga Malaysia Aspirasi Disember lalu dari 9 hingga 31 Dis, di mana 8.6 juta saman trafik tertunggak telah diselesaikan.

Turut baca :

KDN nafi tawar 50% diskaun saman trafik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*