Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS nafi kerajaan pusat didominasi DAP

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS nafi kerajaan pusat didominasi DAP. Ketika PAS terus menyerang kerajaan dengan pelbagai dakwaan, termasuk ia didominasi DAP dan orang bukan Islam, tampil seorang tokoh mempertahankan Putrajaya.

Lebih menarik tokoh terbabit merupakan salah seorang pemimpin kanan PAS sendiri.

Dalam hantaran yang sederhana di media sosial, bekas ahli parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali menegaskan secara umum jumlah ahli parlimen Melayu Muslim kerajaan perpaduan ketika ini melebihi bukan Islam.

Katanya walaupun ada pihak menyatakan kerajaan baru itu didominasi DAP, fakta berdasarkan angka menunjukkan sebaliknya.

“Faktanya ialah Kerajaan Perpaduan didominasi oleh 73 ahli parlimen Melayu Islam.

“Mengikut pecahannya pula ialah 26 dari BN, 18 wakil PKR, 11 Gabungan Parti Sarawak, lapan dari Amanah, 3 Gabungan Rakyat Sabah, tiga Warisan, tiga orang dari DAP dan seorang Muda,” kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS tersebut.

Membandingkan keadaan itu Khairuddin menjelaskan di pihak Perikatan Nasional (PN) yang kini menjadi pembangkang pula, ada seramai 72 ahli parlimen Melayu Islam.

Itu menunjukkan, katanya, ketika ini ada 73 orang di pihak kerajaan dan jumlahnya lebih tinggi berbanding PN.

Pastikan tetap dipayungi Islam

PN – khususnya PAS – banyak kali membuat ‘serangan’ ke atas kerajaan baru yang diketuai Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, dengan menggunakan pendekatan perbezaan ahli parlimen Muslim dan bukan Muslim.

Secara lebih khusus pembangkang terbabit juga mendakwa DAP kini mendominasi kerajaan – suatu naratif yang pernah digunakan PAS semasa PH menjadi kerajaan buat pertama kali selepas PRU ke-14 lalu.

Ia kemudian membawa kepada berlakunya Langkah Sheraton pada akhir Feb 2020.

Petang ini pula PAS memuat naik hantaran di media sosial dengan mendakwa kerajaan pusat sedang dikuasai DAP kerana parti itu mempunyai jumlah ahli parlimen paling ramai iaitu 40 orang.

PAS juga menganggap DAP sebagai “parasit” yang menumpang pada kerajaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @paspusat

Menurut Khairuddin dalam keadaan sekarang menjadi kewajipan ke atas semua 73 ahli parlimen kerajaan memastikan ia tetap dipayungi Islam, Melayu dan raja-raja Melayu.

“(Manakala) 72 ahli parlimen Melayu Muslim daripada PN pula berkewajipan menjadi pembangkang yang melaksanakan semak dan imbang,” katanya.

Untuk rekod pada PRU ke-15 lalu Khairuddin menjadi calon BN di kerusi Kuala Nerus namun gagal mempertahankan kerusi itu.

Dia kalah kepada calon PN, Dr Alias Razak, yang juga exco kerajaan Terengganu.

Turut baca :

Bekas Setiausaha  Majlis Syura Ulama PAS nafi kerajaan pusat didominasi DAP

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*