“Dia kata ini bala sebab dedahkan dia.”
Demikian antara pendedahan seorang wanita dalam media sosial tentang seorang pelakon yang menghamilkan dirinya dan memaksanya melakukan pengguguran janin atau bayi.
Dedahnya lagi, selepas melakukan melakukan perbuatan terkutuk tersebut, dia ditinggalkan begitu sahaja dan janji hanya tinggal janji demi menutup aib aktor itu.
“Sekarang aku sakit kau cakap bala sebab viralkan kau.
“Kaulah paling tersakiti kononnya sebab ‘nama’ kau tercalar tapi kau sihat je, kau boleh pergi bercuti.
“Aku tanggung sakit sendiri. Khabar pun tak tanya. Duit dengan ‘fame’ kau tu boleh kembalikan anak aku ke? Kau patut ada di penjara,” demikian dedahnya menerusi aplikasi X.
Turut baca :
- {VIDEO} “Ini betul punya marah…” Berang kena bebel dengan isteri, lelaki lempar bom tangan tanda protes
- {VIDEO} Lelaki serang hakim ketika jatuh hukum tular satu dunia
Menurut pengguna aplikasi X itu lagi, selepas melakukan pengguguran janin seperti disarankan individu terbabit, dirinya kini menderita dengan pelbagai komplikasi pasca prosedur itu.
“Saya sakit mengalami banyak komplikasi sekarang.
“Dua-dua buat salah, saya dah buat bahagian saya. Saya gugurkan bayi seperti apa yang dia minta.
“Kau tak kehilangan darah, sakit mental, meroyan dan tak sakit.
“Aku yang sakit teruk dan semua ini akan beri kesan terhadap fertility (kesuburan) pada masa depan,” katanya.
Kata pengguna Twitter itu lagi, dia ditentang aktor lelaki terbabit selepas melakukan proses pengguguran.
“Kami banyak kali bergaduh sampai mental saya ‘down’ dan hilang bayi dikandungkan.
“Kadang-kadang, saya terfikir nak beritahu orang tua apa yang terjadi tetapi dia sangat abusive (kuat mendera).
“Dia tentang perut aku selepas saya melakukan pengguguran,” ujarnya.
Terdahulu, sebuah akhbar arus perdana mendedahkan seorang penuntut universiti swasta berusia 21 tahun kini terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim selepas menggugurkan kandungan pada Oktober lalu hasil persetubuhan yang dikatakan bersama seorang pelakon terkenal.
Leave a Reply