SEORANG lelaki bertindak menetak leher isterinya selepas mangsa didakwa enggan memasak mahupun melayaninya ketika makan selama sebulan.
Lebih menyedihkan apabila kejadian pada 31 Mac di daerah Jambi, Indonesia itu berlaku ketika anaknya yang baru berusia dua tahun sedang tidur di sebelah isteri.
Difahamkan, suspek pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk.
Mayat mangsa kemudian dimasukkan ke dalam guni dan ditanam di belakang rumahnya sebelum suspek melarikan diri ke daerah lain.
Suspek bagaimanapun berjaya ditahan pasukan polis pada 2 April bagi membantu siasatan.
Pada masa sama suspek mengaku telah membunuh isterinya kerana berasa marah apabila mangsa enggan memasak mahupun melayaninya selama sebulan.
Turut baca :
Leave a Reply