“Kantoi selepas bergelut…” Remaja 19 tahun ditahan, simpan 10,000 pil kuda

“Kantoi selepas bergelut…” Remaja 19 tahun ditahan, simpan 10,000 pil kuda.

Anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) berjaya merampas sebanyak 10,000 biji pil kuda, selepas menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Rantau Panjang, Pasir Mas, kelmarin.

"Kantoi selepas bergelut..." Remaja 19 tahun ditahan, simpan 10,000 pil kuda
Suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Pegawai Pemerintah Medan Op Wawasan Kelantan K. Ramesh berkata suspek cuba melarikan diri ketika anggotanya ingin menghampirinya pada pukul 11.30 malam, namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.

“Pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai lima bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi pil-pil kemerahan, dipercayai pil kuda berjumlah 10,000 biji.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk sehelai baju adalah RM100,050,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata suspek serta barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*