“Kan dah pergi haji dan umrah…” Selamba gelek punggung dengan Aliff Syukri, Ifa Raziah dikritik netizen

Tak habis dengan aksi gelek, penyanyi Ifa Raziah kini jadi bahan kritikan netizen selepas aksinya bersama usahawan, Datuk Aliff Syukri pula tular.

Penyanyi tersebut dilihat memuat naik video sedang bergelek dengan alasan sedang buat senaman punggung.

“Pagi-pagi kena buat senaman punggung, siapa yang paling seksi? Cuba komen kat bawah,” tulis kapsyen di Instagram @ifa_raziah.

Rata-rata warganet malu melihat aksi gelek dua nama yang sering terkait kontroversi sebelum ini.

“Saya nak terjoget-joget depan lelaki sendiri pun malu macam tu, apatah lagi di medsos (sosial media) dan depan suami orang,” komen pengguna Instagram.

“Binatang pun tahu malu.

“Kenapa suka terikut perangai kawan, kan dah pergi haji ke umrah dua-dua. Umur dah makin lanjut, fikirlah kalau tunjuk perangai yang bukan-bukan,” antara komen pengguna lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*