Jualan RAHMAH Bergerak perkenal konsep ‘kedai cari rakyat’

Saya berbesar hati mengumumkan inisiatif terbaharu di bawah Payung RAHMAH iaitu Jualan RAHMAH Bergerak sebagai usaha membantu golongan sasar mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah secara terus.

Saya percaya konsep ‘kedai cari rakyat’ ini dapat mengurangkan serba sedikit beban rakyat terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan bagi mendapatkan barangan keperluan harian. KPDN akan berusaha keras untuk memperluaskan usaha ini terutama ke kawasan luar bandar.

Saya juga ingin mengumumkan Jualan RAHMAH sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2023. Ia dianjurkan di 640 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri KPDN

Jualan RAHMAH Bergerak perkenal konsep ‘kedai cari rakyat’
Jualan RAHMAH Bergerak perkenal konsep ‘kedai cari rakyat’

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*