“Jangan tambah risiko…” Bomba bagi nasihat, elak buat PRU15 waktu ‘kritikal’

“Jangan tambah risiko…” Bomba bagi nasihat, elak buat PRU15 waktu ‘kritikal’. Dalam pada orang ramai sedang bersiap siaga berdepan bencana banjir yang akan melanda, ada pula desas desus mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan.

Mengambil serius perkara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengakui pelaksanaan PRU15 pada fasa Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim banjir menyebabkan beban anggota penguat kuasa semakin bertambah.

Pengarahnya, Datuk Nor Hisham berkata, PRU15 musim banjir perlu dielakkan kerana ia boleh menambah risiko yang perlu dihadapi dalam usaha menyelamat penduduk.

Namun, jika PRU15 tetap dilaksanakan pada musim banjir, JBPM meminta supaya penyelerasan membabitkan agensi berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu dilakukan bagi membantu melancarkan operasi.

Nor Hisham

“JBPM mempunyai 14,829 anggota membabitkan pegawai sepenuh masa dan pegawai bomba bantuan, 403 unit kenderaan marin, 127 unit kenderaan angkut berat dan 537 unit kenderaan angkut ringan yang akan digunakan bagi berdepan operasi banjir,” -Nor Hisham.

Tambahnya, perancangan teliti khususnya dalam aspek memobilasi pengundi ke tempat pengundian perlu dibuat bagi mengelak kejadian tidak diingini dan anggota JBPM bersedia membantu urusan itu jika diminta berbuat demikian.

“Paling terbaik ialah jangan menambah risiko yang ada dengan mengadakan PRU-15 ketika fasa monsun ini. Fokus utama kami ialah menyelamatkan mangsa banjir ke tempat selamat dan jika pada masa sama, mereka ini perlu bergerak pula untuk mengundi, ia meningkatkan risiko keselamatan.

“Kita harus memahami juga beban tugas anggota bomba yang bertambah jika diminta memobilasi pengundi termasuk dalam aspek syif dan beban cuti.” – Nor Hisham.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*