“Jangan risau, semua halal…” Nasi kandar pertama di Tokyo ‘meletop’, sold out setiap hari.
Mengagumkan apabila seorang lelaki dari Jepun membuka restoran nasi kandar pertama di Tokyo dengan nama ‘Zero Two Nasi Kandar Tokyo‘!
Menurut Astro Awani, kedai yang dibuka sejak Januari lalu menyediakan lauk pauk authentic Malaysia-India, termasuk enam pilihan kari yang berbeza dan lauk kegemaran ramai.
Tidak perlu diragui, empunya restoran, Tateda meyakinkan bahawa semua makanan yang dihidangkan adalah halal dan menu vegetarian turut dihidangkan. Lebih menarik, sayur yang digunakan adalah segar dari petani di Jepun!
Difahamkan, nasi kandar yang dijual mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan apabila ianya habis setiap hari.
Tambah Tateda, ilham untuk beliau membuka restoran di Tokyo adalah ketika dia bercuti di Malaysia dan makan nasi kandar semasa ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Dari gambar sumber, dilihat restoran ini penuh setiap hari dengan orang ramai yang beratur untuk merasa dan menikmati hidangan nasi kandar yang disediakan.
Turut baca
- AFC beri bayangan Stadium Nasional mungkin ‘diharamkan jika tiada naik taraf
- Video buat aksi ‘wheelie’ tular, polis cari dua remaja sampai ke lubang cacing
- {VIDEO} Tukang cat dihukum gantung sampai mati, ini sebabnya
https://www.youtube.com/watch?v=odvJXj4RfVg
Leave a Reply