Itulah pasal… banyak sangat ketawa!

Ketawa menceriakan suasana, juga menandakan kegembiraan dan kebahagian. Tetapi… awas! Kerana ketawa yang berlebihan juga boleh mengundang maut.

Seorang pelukis Yunani bernama Zeuxis tertawa sebaik melihat lukisan wanita yang baru dilukisnya. Kerana ketawa terlalu berlebihan, Zeuxis sesak nafas dan akhirnya mati.

Penulis Itali, Pietro Aretino ketawa hingga kekejangan lalu mati setelah mendengar kisah lawak dari saudaranya.
Seorang pelawak Yunani iaitu Philemon dikatakan mati kerana berlebihan ketawa akibat lawaknya sendiri.

Ketika melihat kerja pembaikan singgahsana Raja Charles II, sesuatu yang mencuit hati telah membuat Thomas Urquhart tertawa. Sayangnya, Thomas yang juga pengarang berasal dari Scotland ini ketawa berlebihan hingga meragut nyawanya.

Chrisyppus, seorang ahli bijak pandai Yunani mati setelah tertawa melihat seekor keldai yang sedang makan buah ara.

Pada April 1872, Fitzherbert bersama teman-temannya menonton teater opera. Salah satu karakter bernama Polly dalam teater itu melakukan adegan mencuit hati yang membuat Fitzherbert tidak henti ketawa hingga dia dipaksa keluar daripada ruang penonton. Seminggu kemudian, Fizherbert mati setelah asyik ketawa sejak pulang menonton teater tersebut.

Mac 1975, Alex Mitchell sedang menonton rancangan komedi di kaca tv rumahnya. Muncul karakter lelaki berpakaian seperti orang Scotland namun pandai berkungfu. Aksi lawak itu membuat Alex tidak henti ketawa dan setengah jam kemudian, suara Alex mulai lemah dan akhirnya mengerang kesakitan, lalu mati akibat terkena serangan sakit jantung.

Ole Bentzen dari Denmark ketawa berpanjangan bila menonton filem ‘A Fish Called Wanda’. Setelah itu, denyutan jantungnya meningkat kepada 300 per minit dan akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*