Ini satu-satunya lebuh raya yang ‘menembusi’ bangunan

DAERAH Osaka merupakan bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Salah satu mercu tanda popular di daerah yang dihuni populasi melebihi 2.7 juta manusia ini adalah sebuah lebuh raya yang ‘menembusi’ sebuah bangunan.

Di daerah Fukushima-ku di Osaka, terdapat satu kompleks bangunan yang menjadi mercu tanda dan kecanggihan teknologi kejuruteraan rakyat negara itu suatu ketika dahulu.

Diberi jolokan sebagai Gate Tower Building, bangunan ini bukan sahaja menempatkan ruang untuk kegunaan pejabat, tetapi turut berfungsi sebagai penghubung kepada satu laluan lebuh raya utama yang digunakan oleh ribuan kenderaan setiap hari.

Lebuh raya ini menembusi bangunan.

Berkeluasan 85,640 meter persegi, ia merupakan sebuah kompleks bangunan tercanggih pada masa ia siap dibina. Malah, ia turut mendapat pengiktirafan sebagai satu-satunya bangunan di dunia yang memiliki lebuh raya.

Reka bentuk asal bangunan ini dihasilkan oleh tiga orang arkitek tempatan bernama Azusa Sekkei, Yamamoto- Nishihara dan Kenchiku Sekkei Jimusho.

Pembinaan projek Gate Tower Building dianggarkan memakan masa selama 10 tahun bermula pada tahun 1983 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 1992. Ia dibina oleh sebuah syarikat kontraktor yang terkemuka di Jepun dikenali sebagai Sato Kogyo Co. Ltd.

Lebh raya ini ‘menembusi’ ruang bangunan pejabat.

Sebelum kompleks bangunan setinggi 16 tingkat ini dibuka, keadaan lalu lintas di jalan-jalan utama di bandar Osaka sering mengalami kesesakan yang luar biasa. Sungguhpun ia dikawal oleh petugas trafik, keadaan jalan-jalan utama di bandar tersebut tetap sesak.

Ekoran keadaan itu, pihak kerajaan mencuba pelbagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar tersebut. Selepas pembinaan projek ini, kesesakan yang berlaku di jalan-jalan utama sekitar bandar metropolitan itu dilihat mula berkurangan. Walaupun ianya tidak menunjukkan pengurangan sepenuhnya, namun keadaan trafik mula menunjukkan keadaan terkawal jika dibandingkan pada tahun sebelumnya.

Kompleks bangunan setinggi 16 tingkat itu turut menghubungkan lebuh raya utama yang dikenali Hansin Expressway. Mempunyai ukuran sepanjang 293.3 kilometer, lebuh raya ini boleh dilalui oleh pelbagai kenderaan sama ada ringan atau berat.

Kedudukan bangunan ini di mana lebuh raya ‘menembusinya’.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*