Ibu tidak restu anak bertanding selain PAS, jawapan Nik Omar buat ramai sebak

Ibu tidak restu anak bertanding selain PAS, jawapan Nik Omar buat ramai sebak. Calon Pakatan Harapan (PH) Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak akan pernah putus mendoakan ibunya meskipun terdapat kenyataan bahawa Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merestui anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.

Merujuk kepada pendedahan yang dibuat ibunya yang dikongsikan di Facebook PAS pusat, Nik Omar berkata beliau tidak melakukan sebarang kemungkaran sebaliknya hanya berbeza pendapat.

“Sehingga saat ini saya yakini saya tidak buat perkara yang mungkar, saya mungkin berbeza dari sudut pandangan dan ini bukan berkaitan dengan akidah, iman.

“Saya sebagai seorang anak macam mana pun sentiasa berdoa supaya Allah ampun dosa saya, sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa merahmati ibu bapa saya,” katanya.

Beliau berkata, perjuangannya menegakkan syiar Islam dalam kepimpinan negara tetap diteruskan meskipun bukanlah di bawah parti PAS, kerana beliau percaya parti yang bersamanya juga mempunyai misi yang iaitu mahu rakyat mendapat kepimpinan yang adil dan telus.

Terdahulu, isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak mendedahkan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Turut baca :

Ibu tidak restu anak bertanding selain PAS, jawapan Nik Omar buat ramai sebak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*