Anggap perundangan tidak adil, hukum gantung wanita pertahan diri, peguam tampil beri penjelasan

Hukum gantung wanita pertahan diri, peguam tampil beri penjelasan. Seorang remaja berusia 19 tahun berdepan hukuman gantung apabila dia didakwa telah membunuh kekasihnya berusia 29 tahun.

Rentetan perkara itu, siapa sangka ramai mempersoalkan sistem perundangan di Malaysia yang dianggap tak adil kerana menghukum individu yang didapati ingin mempertahankan diri dan maruahnya.

Walau bagaimanapun, seorang peguam bernama Mufarwa Farid meminta agar orang ramai bersabar dengan tidak terus menghentam sistem perundangan.

Di kesempatan itu, beliau menjelaskan lebih lanjut isu tersebut dengan menyenaraikan input penting yang orang ramai perlu tahu berhubung kes berkenaan.

Jelasnya, mahkamah belum pun mensabitkan kesalahan ke atas remaja terbabit dan detik kejadian yang dicerita olehnya juga dihujahkan semula untuk mengetahui sama ada ianya betul ataupun rekaan semata.

“Yang ramai merentan siap doa Hakim masuk neraka ni dah kenapa…? Tertuduh baruuu saja dibacakan pertuduhan. Belum dihukum apa pun lagi. Baru tuduh tau. Perbicaraan macam ni biasa ambil masa 1-2 tahun.”

Laporan mendapati, tertuduh iaitu Sim Hui Ying bertindak demikian kerana menolak ajakan kekasihnya untu berhubungan seks.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*