Helikopter AW139 milik APMM terhempas

Sebuah helikopter jenis Agustawestlan AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa di Kuala Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 10 pagi.

“Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang mangsa dan diselamatkan nelayan,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Norazman Mahmud berkata pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul maklumat berhubung insiden itu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Ya, ada insiden tersebut. Kami akan keluarkan kenyataan sebentar lagi,” katanya.

APMM akan turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*