Hari Kebangsaan: Persembahan abang bomba ditemani Hawa Rizwana curi tumpuan

Hari Kebangsaan: Persembahan abang bomba ditemani Hawa Rizwana curi tumpuan.

Persembahan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Dataran Putrajaya hari ini.

Keterujaan orang ramai jelas dilihat dengan sorakan kuat sejurus melihat kontinjen JBPM yang mempamerkan lebih 10 ‘abang bomba’ bertubuh sasa sambil mengayakan otot di atas trak.

Tidak terkecuali, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dilihat teruja ketika menyaksikan perbarisan tersebut.

Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial, golongan wanita antara yang paling teruja dan menantikan persembahan abang bomba.

Hari Kebangsaan: Persembahan abang bomba ditemani Hawa Rizwana curi tumpuan

“Tolong saya abang bomba, hati saya dah terbakar, hanya abang bomba sahaja yang dapat padamkan,” kata Erra Adam.

“Kami yang tengok dekat televisyen pun menjerit tepuk tangan bila giliran abang bomba, terbaik,” kata Hanim.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*