“Harap ada keajaiban…” Hanya bola mata mampu gerak, ibubapa Ainul serah urusan pada Allah

Doa buat adik Ainul. Harap ada keajaiban

“Harap ada keajaiban…” Hanya bola mata mampu gerak, ibubapa adik Ainul serah urusan pada Allah.

Keadaan adik Ainul Mardhiah minggu lalu dikatakan semakin sihat selepas keadaan mula stabil sekaligus mesin ventilator juga telah dimatikan, itulah yang dikongsikan oleh bapanya, Ahamd Safiuddin.

Bagaimanapun, pagi tadi, Ahamd Safiuddin sekali lagi berkongsi khabar kurang baik apabila memaklumkan keadaan adik Ainul agak ‘teruk’ berikutan diserang sawan berulang kali sejak semalam.

"Harap ada keajaiban..." Hanya bola mata mampu gerak, ibubapa Ainul serah urusan pada Allah

"Harap ada keajaiban..." Hanya bola mata mampu gerak, ibubapa Ainul serah urusan pada Allah

Khabar duka itu dikongsikan di laman Facebook miliknya yang memaklumkan keadaan Ainul seperti sedang ditidurkan walaupun tanpa sebarang ubat tidur.

Tambahnya, badan anaknya itu juga kaku dan hanya bola mata sahaja yang bergerak.

Ahamd Safiuddin juga memaklumkan doktor yang merawatnya telah memberikan rawatan terbaik buat anaknya itu.

Walau bagaimanapun, dia reda dengan apa yang berlaku malah meletakkan segalanya kepada Allah S.W.T.

“Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah swt izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.

“Tapi apa lah daya saya. Saya tidak tahu manakala DIA tahu segalanya. Doakan untuk Ainul Mardhiah kami,” tulisnya.

Sementara itu, di laman Instagram ibunya pula, Nurul Erwani telah memuat naik satu potong ayat al-Quran memberi gambaran seolah-olah berserah kepada Allah S.W.T sekiranya ada sesuatu berlaku.

Sama-sama kita doakan agar keadaan adik Ainul Mardhiah semakin membaik dan segala urusannya dipermudahkan.

Turut baca

"Harap ada keajaiban..." Hanya bola mata mampu gerak, ibubapa Ainul serah urusan pada Allah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*