“Hanya mampu menangis…” Sepasang suami isteri hilang kata-kata, zuriat ditunggu selama setahun lahir tanpa kedua belah mata

Sepasang suami isteri hilang kata-kata apabila zuriat yang ditunggu selama setahun lahir tanpa kedua-dua belah mata.

Gangguan genetik yang jarang berlaku itu dialami seorang bayi perempuan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Keadaan Wrenley Ice tersebut dikenali sebagai anophthalmia dan penyakit berkenaan terjadi kepada 30 orang di seluruh dunia, setakat ini.

Ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Taylor dan suaminya, Robert teruja apabila dimaklumkan bakal menimang cahaya mata kerana lebih setahun menunggu berita gembira tersebut.

“Doktor percaya Wrenley akan menjadi bayi yang sihat sempurna.

“Pun begitu, selepas bersalin melalui pembedahan pada 6 November 2023, saya menyedari anak tidak membuka mata lalu memberitahu jururawat.

“Namun, beliau menyatakan bayi tidak membuka mata serta-merta dalam rahim gelap, masih belum biasa,” kata ibu dari Missouri, AS tersebut.

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan rutin, seorang pakar pediatrik mendapati Wrenley tidak mempunyai mata tetapi keputusan masih samar-samar.

“Saya hanya menangis kerana terkejut dan tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan pada masa itu,” tambah Taylor.

Pasangan itu kemudian memandu sejauh 150 batu ke hospital kanak-Kanak St Louis dan berada di sana selama sembilan hari untuk mengetahui penyakit yang dihidapi bayi mereka.

Robert berkata, segala maklumat disampaikan mengelirukan kerana pelbagai diagnosis dijalankan namun tidak dapat menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku.

Selepas bersalin, akhirnya semua persoalan terjawab apabila pakar genetik, Dr Nate Jensen mengatakan bayi istimewa itu menghidap penyakit yang mana tisu mata atau saraf optik tidak berkembang selain tidak menghasilkan hormon kortisol.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*