“Hanya lebih RM1…” Peruncit jual minyak peket RM3.50 berdepan denda RM1 juta

Sebuah premis kedai runcit di Tanjung Minyak dekat sini yang digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka bakal berdepan denda RM1 juta kerana menjual minyak masak peket bersubsidi satu kilogram (kg) pada harga RM3.50.

Dalam satu operasi penyamaran sebagai pengguna hari ini, peruncit itu dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual melebihi harga ditetapkan iaitu RM2.50 sepeket.

"Hanya lebih RM1..." Peruncit jual minyak peket RM3.50 berdepan denda RM1 juta
SEBUAH premis di Tanjung Minyak, Melaka yang didapati menjual minyak masak peket bersubsidi dengan harga RM3.50.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata, hasil siasatan mendapati, sebanyak tiga kotak berisi 17 peket minyak masak setiap satu dipercayai telah habis dijual kepada pelanggan sebelum serbuan dilakukan.

“Hasil semakan awal juga mendapati peruncit itu turut dikesan menjual minyak masak itu dengan mengutamakan golongan peniaga sekitar kawasan berkenaan. Jika disabitkan kesalahan peruncit boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu. Bagi pertubuhan atau perbadanan pula, boleh didenda sehingga RM2 juta di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kaedah penyamaran dilakukan penguat kuasa menyerbu 14 premis sekitar negeri ini hari ini.

Norena berkata, pihaknya melaksanakan pemeriksaan secara mengejut selepas menerima banyak aduan berhubung penjualan minyak masak peket bersubsidi melebihi harga ditetapkan.

Tegasnya, pendekatan itu akan diteruskan bagi memastikan setiap isi rumah mampu mendapatkan bekalan berkenaan.

“Setiap pemborong dan peruncit yang berurusan dengan barang kawalan hendaklah sentiasa mematuhi arahan ditetapkan, jika tidak mereka bakal berdepan tindakan tegas,” jelasnya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*