Gerak hati seorang perempuan. Sabri dan Kila mengupah seorang pembantu rumah untuk jaga anak-anaknya sementara mereka berkerja. Mereka mempunyai Boy, 3 tahun dan Nita, 6 bulan.
Selepas mendapat anak kedua, Kila mahu bekerja semula. Selepas empat tahun menjadi suri rumah, Kila mahu kembali bekerja. Dengan gaji Sabri sahaja, banyak plan mereka tersangkut. Nak pergi bawa anak-anak holiday pun kena fikir dua tiga kali.
Kak Tuti datang dari Indonesia. Umurnya 5 tahun lebih tua dari Sabri. Selepas kedatangan Kak Tuti dan Kila dapat bekerja, kewangan mereka lebih stabil.
Satu malam, Kila ke dapur membuat susu anaknya, dia terperasan seorang wanita sedang mengcangkung di tepi tandas sedang makan sesuatu. Pada awalnya, dia ingat Kak Tuti lalu dia tegur, “Akak buat apa tu?”
Apabila Kak Tuti tak jawab, dia merasa sesuatu tak kena. “Kak?” tanya Kila sekali lagi. Dia cuba menghampiri Kak Tuti. Baru sahaja dia nak tepuk bahu Kak Tuti, anaknya menangis. Kila toleh ke biliknya. Apabila dia toleh ke arah Kak Tuti, dia dah hilang. Tak lama kemudian Kak Tuti keluar dari bilik tidurnya , “Ibu,” kata Kak Tuti. Kila rasa pelik. Makin kuat anaknya menangis. Tuti cepat-cepat buat susu dan membawanya ke Nita.
Sepanjang hari, Kila tidak dapat melupakan apa terjadi semalam. Apabila pulang dia memberitahu kepada suaminya apa terjadi semalam. Kila rasa tak sedap hati dengan Kak Tuti. Sabri bengkek. Keadaan dah baik. Dia tak mahu Kila rosakkan kerana dia cemburu.
“Cemburu? Saya nak cemburu apa?” marah Kila.
Perbualan mereka menjadi pergaduhan. Sabri menuduh Kila kuat cemburu, manakala Kila menuduh Sabri kena sihir dengan Kak Tuti kerana tak sokong dia.
Tak boleh tahan dengan bergaduh, Sabri angkat kaki dan keluar dari rumah. “Bagus! Keluar! Kau tak payah balik! Lagi bagus!” marah Kila. Sabri start enjin dan tinggalkan mereka di rumah. Boy menangis melihat ibubapanya bergaduh. Kila cuba pujuk Boy tapi dia berlari ke Kak Tuti.
Pukul 12.30 malam, Sabri baru pulang. Semua orang sedang tidur. Sabri ke dapur untuk meminum segelas air. Sampai je di dapur, dia seperti melihat sesuatu berjalan di tepinya. “Siapa tu? Kak Tuti?” tanya Sabri.
Dia merasa sekali lagi ada orang lalu tepinya. Sabri berpusing. Tak ada sesiapa. Tiba-tiba kak Tuti keluar dari biliknya. “Ayah.” kata Kak Tuti.
Tuti. Maaf la apa terjadi tadi. Kila cemburu dengan Tuti.” kata Sabri.
Kak Tuti senyum sahaja. Dia memegang tangan Sabri dan menariknya masuk ke biliknya. Sabri ikut. “Kalau Kila tak dapat jaga ayah, Tuti ada”.
Rupanya betul gerak hati Kila. Memang sepatutnya dia risau dengan Kak Tuti. Satu keluarga dah di sihirkan Kak Tuti. Sejak hari itu, Kila dan Sabri asyik bergaduh sahaja. Setiap kali isu Kak Tuti naik, Sabri akan sokong Kak Tuti daripada isterinya. Sehingga satu hari mereka membuat keputusan untuk bercerai.
Tak lama kemudian, Kila dapat tahu Sabri berkahwin dengan Kak Tuti.
Turut baca
Leave a Reply