Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley memberi amaram bahawa bekalan makanan berkemungkinan lebih sukar diperoleh menjelang tahun depan.
Demikian ekoran pelbagai krisis seluruh dunia yang berlaku serentak.
Menurut Beasley, dunia diselubungi situasi yang digambarkan sebagai konflik ‘ribut lengkap’ yang terdiri daripada kejutan iklim, peperangan yang berlaku antara Rusia-Ukraine dan kemusnahan ekonomi selama dua tahun akibat Covid-19.
Malahan, Ukraine yang sebelum ini digelar ‘bakul roti’ juga telah berhenti membekalkan makanan.
“WFP berdepan kesukaran menetapkan harga makanan utama, yang telah menimbulkan cabaran buat golongan miskin.”
“Menjelang tahun hadapan, disebabkan kemarau dan krisis baja, kita mungkin berdepan dengan masalah ketersediaan makanan yang lebih dahsyat.”
Tambahnya, setakat ini sebanyak 26 negara telahpun mengharamkan eksport makanan bagi menjami bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik.
“Jika rantaian bekalan makanan terganggu akibat keadaan panik dalam pasaran, orang ramai akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan.”
“Ia akan menjejaskan semua penduduk dunia dan tidak terhad kepada golongan miskin semata-mata.”
WFP sebelum ini memberi amaran bahawa sehingga 345 juta penduduk dunia diaramal berada dalam keadaan ekonomi yang sangat teruk untuk mendapatkan bekalan makanan atau berisiko tinggi, merentasi 82 negara.
Tambahnya, kegagalan para pemimpin dunia dalam mencari jalan penyelesaian untuk membuka pelabuhan di wilayah Odesa, Ukraine dilihat sebagai pengisytiharan perang terhadap keselamatan makanan.
Leave a Reply