Gempar !!! Taufan Chaba mengganas, kapal terbelah dua, puluhan kru hilang

Gempar !!! Taufan Chaba mengganas, kapal terbelah dua, puluhan kru hilang.

PULUHAN anak kapal hilang selepas sebuah kapal terbelah dan hampir tenggelam di perairan Hong Kong ketika Taufan Chaba melanda pada Sabtu.

Rakaman video pihak berkuasa Hong Kong menunjukkan seorang individu diselamatkan dan dibawa naik ke helikopter ketika kapal yang hampir karam itu dibadai ombak besar.

Menurut Perkhidmatan Penerbangan Kerajaan Hong Kong, beberapa helikopter dan pesawat dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 300 kilometer barat daya dari Hong Kong.

Turut baca

Biadap !!! Tergamak tumbuk bapa sendiri

{VIDEO} “Nasib baik tak pecah kepala…” Berang pintu lif tertutup, lelaki panas ‘baran’ balun warga emas

{VIDEO} Sebak !!! Bermula dengan kudis, kini derita umpama kulit disiat, dicucuk jarum

Daripada 30 anak kapal yang meninggalkan kapal tersebut, hanya tiga mangsa yang berjaya diselamatkan setakat jam 3 waktu tempatan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Rakaman video oleh pihak berkuasa Hong Kong menunjukkan seorang individu diselamatkan dan dibawa naik ke helikopter ketika kapal yang hampir karam itu dibadai ombak besar.

Menurut tiga mangsa yang terselamat, anak kapal lain dipercayai telah dibawa arus sebelum helikopter pertama tiba.

Anggota penyelamat di Hong Kong dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada 7.25 pagi waktu tempatan dan menemui kapal terbabit di pusat Taufan Chaba.

Pasukan penyelamat berkata, mereka akan memperluaskan skop pencarian mengambil kira jumlah mangsa hilang serta melanjutkan operasi hingga malam ini sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*