Gempar! Pusat beli-belah di JB berdepan ancaman bom

Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, Johor, berdepan detik cemas apabila premis berkenaan menerima ancaman bom petang semalam.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan di premis itu dan menghalang orang ramai memasuki kawasan berkenaan.

Katanya, panggilan telefon mengenai ancaman bom dibuat pemanggil tidak dikenali kira-kira 6 petang, dan polis bantuan pusat beli-belah itu segera mengarahkan semua pengunjung keluar.

“Polis memeriksa setiap ruang di semua tingkat pusat beli-belah ini dan meminta semua pengunjung keluar.

“Rakaman CCTV juga diperiksa dengan teliti dan orang orang ramai diminta bertenang,” katanya.

Kamarul berkata, operasi dijalankan melibatkan kira-kira 100 anggota termasuk unit pemusnah bom. Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya menjauhi kawasan berkenaan buat masa ini.

Katanya, pengunjung yang memarkir kenderaan di pusat beli-belah itu akan dibenarkan mengambilnya selepas unit pemusnah bom selesai melakukan pemeriksaan.

“Segalanya terkawal dan kami minta orang ramai bertenang,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*