Berita baik! Akaun KWSP Fleksibel boleh diakses bila-bila masa, 8 Info wanita perlu tahu

PENGELUARAN wang persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sering kali menjadi oleh warga maya.

Berita baik, pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menyeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akaun ahli tabung simpanan berkenaan akan distrukturkan semula untuk memperkasa tabungan persaraan mereka.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Berikut 10 info menarik mengenainya:

1-Anwar berkata antara langkah akan diambil adalah dengan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.

2-Julai lalu, media melaporkan KWSP mengutarakan cadangan untuk memperkenal Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

3-Menerusi laporan berkenaan, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, Akaun 3 masih di peringkat perbincangan dan boleh direalisasikan dalam masa dua tahun.

4-Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

5-Nurhisham berkata kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3 mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.

6-Dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.

7-Malah, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

8-Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain.

Tidak hanya itu, Perdana Menteri juga turut mengumumkan had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

Manakala had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Suri KWSP pula ditingkatkan kepada RM300 setahun, terhad kepada RM3,000 seumur hidup.

Selain itu, program i-Sayang KWSP juga akan diperluas untuk turut membolehkan isteri
memindahkan dua peratus caruman KWSP syer pekerja kepada suami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*