Gempar!!! Dunia dijangka diancam kemarau, 700 juta penduduk dunia berdepan risiko. Satu laporan baharu yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa krisis kemarau di seluruh dunia semakin serius dengan berlakunya peningkatan 29 peratus dalam bilangan dan tempoh masa fenomena itu sejak tahun tahun 2000.
Laporan bertajuk Drought in Numbers 2022 yang dikeluarkan kelmarin itu turut mendapati bahawa kemarau menjadi bencana yang banyak menjejaskan kehidupan penduduk di negara-negara membangun.
Dari tahun 1970 hingga 2019, cuaca, iklim dan pencemaran air membentuk separuh daripada kejadian bencana di dunia dan 45 peratus kematian berkaitan bencana dengan kebanyakannya adalah di negara-negara membangun.
Kemarau, yang terdiri daripada 15 peratus daripada bencana itu pula telah menyumbang kepada kematian manusia paling besar iaitu 650,000 kematian dari tahun 1970 hingga 2019.
“Kita berada di persimpangan jalan. Kita perlu menuju ke arah penyelesaian daripada meneruskan tindakan yang memusnahkan serta percaya bahawa perubahan kecil boleh menghapuskan kegagalan sistemik,” kata Setiausaha Eksekutif Persidangan PBB bagi Memerangi Penggurunan, Ibrahim Thiaw.
Sementara itu, laporan sama turut mendapati bahawa kemarau telah menyebabkan kerugian ekonomi global yang bersamaan dengan kira-kira AS$124 bilion (RM543.5 bilion) dari 1998 hingga 2017.
Dalam masa sama, pada hari ini, lebih 2.3 bilion penduduk dunia berdepan dengan masalah bekalan air dan hampir 160 juta kanak-kanak terdedah dengan kemarau teruk serta berpanjangan.
Laporan itu mendakwa, sekiranya tindakan di peringkat global tidak diambil bagi menangani isu tersebut, dianggarkan kira-kira 700 juta penduduk dunia berisiko kehilangan tempat tinggal akibat kemarau menjelang tahun 2030.
Selain itu, satu daripada empat kanak-kanak juga dijangka tinggal di kawasan yang mempunyai masalah kekurangan bekalan air yang ekstrem menjelang 2040.
Menjelang 2050 pula, kemarau diramal mampu menjejaskan lebih tiga perempat daripada penduduk dunia.
Ia dijangka melibatkan 4.8 bilion hingga 5.7 bilion penduduk yang akan tinggal di kawasan-kawasan yang mengalami masalah kekurangan air sekurang-kurangnya sebulan setiap tahun.
“Membina landskap-landskap yang boleh meniru alam semula jadi serta mengandungi sistem ekologi yang berfungsi amat penting dalam usaha mencegah kemarau daripada terus menjadi bencana yang dahsyat,” kata Ibrahim.
Antara penyelesaian lain yang dicadangkan dalam laporan tersebut termasuk penggunaan haiwan, pembinaan sistem amaran awal yang berkesan merentasi sempadan, penggunaan teknologi-teknologi canggih, mobilisasi kewangan yang mampan serta penyertaan usahawan, masyarakat setempat dan golongan muda dalam setiap proses tersebut.
Turut baca
Sebak!!! Nahas ngeri 5 pelajar di Perak, “Anak kata nak balik terus…”
Datuk 69 tahun kahwini janda 19 tahun
Leave a Reply