Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART berjaya keluarkan 50 mangsa terperangkap

Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya menemui 50 mangsa tragedi gempa bumi di selatan Turkiye yang terperangkap di bawah runtuhan setakat petang tadi (waktu Malaysia).

Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil berkata, angka tersebut membabitkan lima mangsa yang masih hidup manakala selebihnya telah meninggal dunia.

“Kesemua pasukan masih dalam keadaan yang baik termasuk keadaan moral mereka yang sentiasa komited dan kekal bersemangat dalam melaksanakan misi SAR.

“Kita telah buka dan teruskan lagi misi pencarian melibatkan tiga kawasan dengan menggerakkan lebih kurang 46 anggota untuk ditempatkan di kawasan berkenaan,” katanya menerusi siaran YouTube yang dikongsikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairul memaklumkan misi SAR berjalan lancar berikutan kerjasama baik oleh semua pihak termasuk agensi dari negara luar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*