Gelanggang PRU15 bermula, lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan pada hari ini

Gelanggang PRU15 bermula, lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan pada hari ini. Lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan pada hari ini untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus jumlah paling ramai berbanding pilihan raya sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 3,036 borang melibatkan kerusi Parlimen terjual setakat Jumaat. Sabah mencatatkan jualan tertinggi iaitu 716 borang, manakala Negeri Sembilan merekodkan penjualan paling rendah iaitu 24 borang.

Penganalisis menjangkakan persaingan PRU15 lebih sengit memandangkan perpecahan parti-parti politik bakal menyaksikan pertembungan calon-calon sekurang-kurangnya empat penjuru.

Turut baca :

Gelanggang PRU15 bermula, lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan pada hari ini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*