PRU15 : Diva AA tarik diri, dengar ‘bisikan’ arwah mak

PRU15 : Diva AA tarik diri, dengar ‘bisikan’ arwah mak. Semboyan ‘peperangan’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru bermula namun pengacara sensasi, Azwan Ali mengumumkan menarik diri daripada bertanding merebut kerusi Parlimen Gombak.

Azwan yang tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dengan menaiki motosikal membuat pengumuman tersebut dan menyatakan sokongan kepada wakil Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari.

“Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.

“Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia telah membuat keputusan menyertai PH, Azwan menjawab:

“Saat Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya masuk PH,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*