Elak bertemu Salahuddin, Nur Jazlan jadikan kerusi parlimen Pulai ‘barang dagangan’

Tawaran dilakukan oleh Nur Jazlan kepada MIC di lihat bagaikan ada sesuatu yang diselindungi oleh Nuz Jazlan.

Ini kerana sebelum ini MIC ada menyuarakan ini bertanding di Parlemen Pulai. Akan tertapi MIC diminta melaksanakan sistem barter trade atau pertukaran sekiranya parti berkenaan mahu bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sistem tersebut sesuai dilakukan setelah pihaknya memberikannya laluan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bertanding di Parlimen berkenaan.

“Jika Presiden atau Timbalan Presiden MIC sendiri sanggup jadi calon, saya sedia membantu. Saya rela berkorban demi kepentingan rakan-rakan dalam BN.

“Tetapi MIC juga perlu berkorban. Bila saya setuju beri laluan kepada MIC di Pulai, kita kenalah buat sistem barter trade. Saya dan UMNO berkorban kerusi Pulai, MIC pun kenalah serahkan dan beri laluan kepada UMNO bertanding di Tapah yang majoriti pengundi Melayu di kerusi berkenaan, kata Nur Jazlan.

Persoalan yang timbul, kenapa dan mengapa Nur Jazlan tidak pertahankan kerusi tersebut sedangkan beliau amat popular di parlimen tersebut sebelum ini.

Kerusi parlimen Pulai seakan terpaksa di lelong atau di perdagangkan oleh Nur Jazlan bagi mengelak bertemu dengan penyandang Salahuddin Ayub dari Parti Amanah Negara.

Jika benar, amatlah seronok melihat Umno melelong atau jadikan kerusi parlimen Pulai umpama barang dagangan.

MIC boleh bertanding Pulai, tapi laksana sistem pertukaran kerusi – Nur Jazlan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*