Bising di luar gelanggang, Salahuddin kata Nur Jazlan ‘kecut semangat’

Bising di luar gelanggang, Salahuddin kata Nur Jazlan ‘kecut semangat’.  Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai membidas kenyataan Nur Jazlan yang mengatakan Umno menunggu paluan gendang perang, PH semakin kecut perut.

Semangat dan keyakinan UMNO/BN itulah yang membuatkan PH semakin kecut perut. Mereka cukup takut kalau Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan dalam masa terdekat sebab mereka tahu mereka tak kuat dan lemah, kata Nur Jazlan.

Kata Nur Jazlan lagi, sebab itulah ada sesetengah pihak cuba untuk melakukan serangan sulit ke atas UMNO dan pemimpinnya.

Salahuddin bidas kenyataan Nur Jazlan, jika mahu bertarung biarlah dalam gelanggang. Bising-bising diluar ‘kecut semangat’ namanya.

Nur Jazlan lupa, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam kenyataannya Salahuddin Ayub lebih disenangi pengundi di parlimen tersebut berbanding beliau.

Mohamed Nazri berkata, kemenangan Salahuddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini adalah bukti rakyat lebih meyakininya.

Tambah Nazri lagi, Salahuddin telah membuktikan dia telah memberi khidmat yang jauh lebih baik berbanding Nur Jazlan di Pulai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*