Drama kegilaan ramai, “7 hari Mencintaiku 3” tiada sambungan lagi, “Andai Itu Takdirnya” bakal menyusul.
Drama kegilaan ramai, 7 Hari Mencintai 3 yang melabuhkan tirai 2 hari lepas, disahkan oleh penulis novelnya, Siti Rosmizah bahawa tiada sambungan selepas ini.
“Inilah karya terakhir saya untuk drama 7 Hari Mencintaiku. Selamat tinggal keluarga 7 Hari buat selamanya.” – Siti Rosmizah.
Menurut perkongsian Facebook Kasman Kassim, Siti Rosmizah bakal mengeluarkan satu drama yang lebih berat dan penuh emosi pada tahun hadapan, berdasarkan novel ‘best seller’ nya berjudul ‘Andai Itu Takdirnya’.
Difahamkan, hero bagi drama akan datang itu telah disahkan iaitu Syukri Yahaya manakala heroin nya pula masih menjadi tanda tanya.
Rata-rata netizen meluahkan pendapat masing-masing dan mengenai novel berkenaan yang disifatkan hanya penuh emosi di buku pertama namun bukan yang kedua.
Walaubagimanapun, ramai juga yang meninggalkan komen untuk memilih pelakon lain selain dari yang pernah membintangi drama karya Siti Rosmizah.
Turut baca
- Polis ‘dedah’ punca kanak-kanak 12 tahun dirogol
- {VIDEO} “Anak kecil teriak menangis…” U-turn di double line, van ‘bersepai’ dirempuh kereta
- Tujuh keturunan sumpahan Mahsuri
Leave a Reply