Polis ‘dedah’ punca kanak-kanak 12 tahun dirogol

Polis ‘dedah’ punca kanak-kanak 12 tahun dirogol.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dirogol selepas keluar bersama lelaki dikenali menerusi aplikasi cari jodoh, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu Suffian Sulaiman.

 

Polis 'dedah' punca kanak-kanak 12 tahun dirogol

Dalam kejadian kira-kira 9 malam, Khamis lalu, mangsa dibawa lelaki berusia 28 tahun ke sebuah bengkel, di Kemaman.

Suffian berkata, mangsa terdahulu mengikuti ibunya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, untuk melawat ahli keluarga, pada 1.30 petang.

Turut baca

Katanya, mangsa yang hanya menunggu di lobi hospital berhubung dengan seorang lelaki dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh itu, sebelum keluar mengikutinya ke Kemaman, tanpa pengetahuan ibunya.

Beliau berkata, ketika di sebuah stesen minyak di Kemaman, mangsa kemudian dijemput seorang lelaki lain yang turut dikenali menerusi aplikasi sama dan dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar kawasan itu.

“Sewaktu dalam kereta, mangsa mendakwa lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu memberikannya minuman yang menyebabkannya mengantuk sebelum dibawa ke sebuah bengkel.

“Mangsa yang tertidur hanya terjaga apabila suspek menanggalkan seluar lalu merogolnya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Suffian berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kemaman, kira-kira 5 pagi, Jumaat lalu.

“Susulan itu, polis menahan lelaki terbabit kira-kira 2 petang di sekitar daerah ini dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*