Didakwa reka cerita cubaan cuIik anak, Lufya tampil kongsi cerita

Didakwa reka cerita cubaan cuIik anak, Lufya tampil kongsi cerita.

Pelakon, Lufya menafikan dia sengaja melambat-lambatkan membuat laporan polis dan sengaja mereka cerita anaknya, Laana Haura, 5, cuba dicuIik di sebuah taman permainan di Kota Damansara, baru-baru ini.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar berkata, tiada istilah cuba cuba membuat drama atau mengada-adakan cerita kerana melengahkan urusan membuat laporan poIis. Katanya, ini adalah soal nyawa yang bukan boleh diperjudlkan.

Didakwa reka cerita cubaan cuIik anak, Lufya tampil kongsi cerita

“Ada segelintir pihak yang bersifat negatlf kerana saya lambat membuat laporan poIis. Saya mempunyai anak dan dalam masa yang sama saya dapatkan rawatan terlebih dulu kerana itu lebih penting,” katanya yang membuat laporan di Balai PoIis Kota Damansara jam 6 pagi semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Lufya berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak menuding menyalahkan mana-mana pihak di atas cubaan menculik terhadap anak perempuannya itu.

“Mengenai siapa yang melakukan kegan4san dan cuba mencuIik itu kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.” katanya.

Pada insiden jam 4 petang, Ahad lalu itu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya.

Lufya turut mendedahkan niatnya berkongsi inslden itu di Instagram sebagai langkah berhati-hati kepada golongan wanita terutama yang bergelar ibu dan mempunyai anak.

“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri. Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan sekali gus menyelamatkan anak.

“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara kejl dan semakin hilang perikemanusiaan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*