Didakwa atas lima pertuduhan amang seksual, PU Azman mengaku tidak bersalah

Didakwa atas lima pertuduhan amang seksual, PU Azman mengaku tidak bersalah. Utusan Malaysia melaporkan, penceramah selebriti yang dikenali sebagai Cik Man didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual.

Tertuduh yang juga merupakan peserta Pencetus Ummah (PU) dikatakan melakukan perkara itu terhadap dua remaja lelaki pada bulan Februari dan Julai tahun ini.

Walau bagaimanapun, Cik Man atau nama sebenarnya Azman Syah Alias tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Berdasarkan tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan antara jam 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan pada 6 Julai lalu.

Selain itu, tertuduh turut berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada 5 Februari dan pada jam 3 hingga 6 pagi pada 6 Julai.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Peguam yang mewakili tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad kemudian memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*