Dera budak 4 tahun hingga mati, 5 suspek disambung reman lagi

Tempoh tahanan reman terhadap lima suspek kes dera kanak-kanak empat tahun sehingga mati di Senggarang di sini dilanjutkan selama tujuh hari bermula esok hingga 7 Januari depan.

Majistret Mahkamah Batu Pahat, Zubaidah Mahat membenarkan permohonan sambungan reman oleh Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Shafiq Mohd. Salleh daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat terhadap kesemua suspek termasuk sepasang suami isteri.

Terdahulu, kesemua suspek yang berusia diantara 15 hingga 37 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Batu Pahat kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi polis.

Berita berkaitan :

Pada 26 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang, dekat sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul.

“Pada awalnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kamarul Zaman berkata, semua suspek iaitu kakak kandung mangsa dan rakan kakaknya direman tujuh hari bermula Ahad lalu sehingga hari ini.

Dera budak 4 tahun hingga mati, 5 suspek disambung reman lagi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*