Dakwaan anak dijemur kerana lewat ke sekolah disiasat

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan menyiasat klip video tular berhubung dakwaan seorang wanita bahawa anaknya dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) digerakkan bagi mendapatkan laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kita maklum mengenai kejadian yang tular itu dan sudah minta Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan PPID siasat dan siapkan laporan lengkap mengenainya bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, seorang ibu mendakwa anaknya berusia tujuh tahun dijemur di bawah terik matahari, dipercayai di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Wanita berkenaan mendakwa anaknya didenda kerana datang lewat ke sekolah dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*