“Dahlah hamil, buat hal pulak tu…” Suami isteri ‘buat projek’ tepi jalan tanpa seurat benang ditahan

“Dahlah hamil, buat hal pulak tu…” Suami isteri ‘buat projek’ tepi jalan tanpa seurat benang ditahan.

Penduduk Pangkalan Bun, wilayah Kalimantan Tengah gempar apabila melihat aksi sepasang suami isteri berasmara di tepi jalan dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor portal berita Okezone hari ini.

Lebih memalukan adalah si isteri merupakan wanita hamil.

Berdasarkan video yang kini tular di media sosial, penduduk yang terkejut merakam aksi mereka sebelum beberapa laporan polis dibuat oleh sebilangan individu.

Ketua Pemulihan Sosial, Perkhidmatan Sosial Kotawaringin Barat, Aldrin berkata, kejadian itu berlaku pada waktu pagi ketika penduduk mahu memulakan urusan harian mereka.

“Ramai penduduk membuat laporan, manakala pasangan itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada jabatan Perkhidmatan Sosial,” katanya.

Tambah Aldrin, selepas disoal, pasangan tersebut didapati mengalami depresi yang dipercayai berpunca daripada kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan selepas berpindah ke Kalimantan Tengah.

Si suami dikatakan terpaksa menuruti kehendak isterinya untuk bertindak demikian disebabkan keadaannya yang sedang hamil.

“Mereka disyaki mengalami depresi dan memerlukan bantuan daripada pakar psikiatri,” kata Aldrin.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*