Sejak kebelakangan ini, banyak kita lihat kemalangan yang berlaku adalah disebabkan melanggar atau cuba mengelak binatang ternakan atau liar berkeliaran di atas jalanraya.
Hal itu sekaligus menjadi kerisauan kepada orang ramai kerana insiden mungkin boleh membawa maut akibat rempuhan yang kuat dan sebagainya.
Tidak dengan itu, penternak juga perlu mengambil penuh tanggungjawab memantau keberadaan ternakan mereka sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan sepertimana yang menimpa lelaki ini.
Menerusi perkongsian Megat Alam Sengketa di Facebook, memaparkan situasi kekecohan telah berlaku melibatkan pemilik lembu serta sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai pihak penguatkuasa.
Difahamkan, kekecohan berlaku apabila lelaki berbangsa India itu tidak berpuas hati apabila dimaklumkan lembu kepunyaannya akan diambil.
Namun begitu, punca pihak berkenaan berbuat demikian tidak dapat dipastikan samada telah menerima aduan daripada penduduk sekitar ataupun sebaliknya.
Bagaimanapun, netizen menyokong penuh tindakan pihak terbabit kerana yakin mempu membuka mata penternak di luar sana agar sentiasa peka dengan keberadaan haiwan peliharaan mereka.
Turut baca
- Ketua Audit Negara ‘dedah’ kelemahan projek kerajaan
- {VIDEO} “Bikin ramai tersentuh…” 2 beradik rela duduk bawah jambatan lepas bapa kahwin lain
- “Upah RM6,000 sekepala…” Tindakan berani remaja 17 tahun seludup warga Myanmar terbongkar
Leave a Reply