China rancang cari planet baharu bagi ganti Bumi untuk dihuni manusia

Akademi Sains China (CAS) dikatakan sedang merancang mencari planet baharu bagi menggantikan Bumi untuk dihuni manusia, lapor CNN Indonesia pada 22 Mei 2022.

Pencarian planet itu telah dilakukan dengan menggunakan teleskop angkasa lepas berkonsep penyelidikan, yang disebut sebagai Closeby Habitable Exoplanet Survey (CHES).

Balai cerap akan mencari planet seperti Bumi dalam zon boleh huni (HZs) dalam jarak sekitar 33 tahun cahaya, dengan menggunakan kaedah dikenali sebagai astrometri relatif mikro arka-saat.

Astrometri mengambil ukuran tepat mengenai kedudukan dan gerakan yang tepat dari segi posisi objek-objek di angkasa dan bandingkannya dengan bintang-bintang.

Jika misi itu berjaya, China akan menjadi negara pertama yang mencari planet seperti Bumi yang boleh dihuni selain daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Bagi setiap bintang yang diperhatikannya, CHES akan mengukur gangguan dinamik yang kecil disebabkan exoplanet yang mengorbit sekali gus memberikan anggaran yang tepat tentang jisim dan tempoh orbitnya.

“Astrometri relatif untuk CHES boleh mengukur dengan tepat pemisahan sudut mikro arka-saat antara bintang-bintang sasaran tunggal selain enam hingga lapan bintang rujukan.

“Berdasarkan ukuran kecil ini, kami dapat mengesan sama ada terdapat planet berdaratan di sekitarnya,” ulas Ji Jianghui iaitu profesor di Universiti Sains dan Teknologi Nanjing.

Ji Jianghui menambah, selain daripada mencari planet yang serupa dengan Bumi, projek angkasa lepas itu juga akan mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai sistem suria. – Sumber CNN Indonesia.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*