
Polis menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Hadi Awang berhubung kenyataan beliau berkaitan isu Batu Puteh yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis menerima laporan pada Isnin lepas berhubung kenyataan berkenaan yang dimuat naik di laman X milik Hadi.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Razarudin berkata pihaknya akan memanggil Hadi dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan.
Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.
ICJ turut memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Baca juga :
Leave a Reply