Budak 3 tahun maut terjatuh tingkat 16 lepas panjat sofa tepi tingkap

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 rumahnya di Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Ahad.

Menerusi maklumat yang dikongsikan di media sosial, mangsa yang juga anak bongsu di dalam keluarga terbabit terjatuh selepas dia memanjat sofa yang diletakkan di tepi tingkat kediaman tersebut.

Ketika kejadian, ahli keluarga mangsa dikatakan sedang tidur.

Budak 3 tahun maut terjatuh tingkat 16 lepas panjat sofa tepi tingkap
Mangsa terjatuh dari tingkat 16 di blok kediamannya.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial, mangsa dilihat terjatuh berdekatan kawasan parkir kereta di kuarters terbabit.

Pihak polis juga didapati sudah berada di lokasi kejadian.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden terbabit.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*