Bertanding tiket bebas, Tian Chua gugur keahlian, tegas Anwar

Mana-mana ahli PKR yang bertanding bebas secara automatik dipecat keahlian, tegas presidennya, Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan bekas naib presiden PKR Tian Chua yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu.

“Malangnya (Tian Chua) memilih jalan ini (tanding bebas). Beliau seorang yang bersemangat dan seorang reformis yang sagat berdedikasi.

Bertanding tiket bebas, Tian Chua gugur keahlian, tegas Anwar
Tian Chua

“Saya tidak fikir tindakan ini (tanding bebas) yang perlu seorang reformis lakukan, apa pun kami sudah mengambil tindakan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon Parlimen Tambun di Dewan Seri Kledang Institut Latihan Perindustrian Ipoh.

Tian, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, tiba di pusat penamaan calon pada 8.30 pagi tadi, sambil diiringi penyokong berpakaian putih.

Mengenai pencalonan beliau sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Anwar berkata, beliau mengetuai kempen gabungan itu bagi memberikan tawaran alternatif kepada pengundi, ekoran beberapa kegagalan kerajaan sebelum ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*