IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga. “Bercerai sajalah…” Wanita menyesal kahwin duda, dipaksa sara anak tiri mengandung luar nikah
Demikian perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi dialami wanita ini lantaran perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Tanpa mendedahkan identiti, dia mendedahkan terpaksa menanggung anak tirinya yang baharu bersalin selain perlu menyara anak-anak kandung yang masih kecil selepas suami keduanya diberhentikan kerja.
“Saya janda yang berkerjaya… ada anak lima dan masih bersekolah. Berkahwin dengan duda anak dua… bujang, masing-masing berumur 25 tahun dan 21 tahun.
“Sekarang suami diberhentikan kerja. Saya terpaksa tanggung suami. Kini anak suami (anak tiri) mengandung tanpa suami dan bakal melahirkan. Dijaga oleh neneknya.
“Masalahnya sekarang, pihak keluarga suami minta saya untuk menyara anak dan cucu suami saya memandangkan saya yang berkerja,” luahnya.
Menurut wanita tersebut, meskipun statusnya sebagai seorang ibu yang berkerjaya, namun dia agak keberatan memandangkan diri sendiri mempunyai tanggungan yang ramai serta masih bersekolah.
Dia merasakan keluarga suaminya tidak berlaku adil apabila meletakkan beban pada bahunya seorang atas alasan mempunyai pendapatan.
“Saya enggan dan keberatan. Kenapa mesti saya tanggung mereka semua sedangkan saya menanggung anak-anak saya sendiri
“Sekarang keluarga mentua burukkan saya seolah-olah saya yang bersalah dalam hal ini. Apa perlu saya buat?” luahnya yang kebuntuan.
Perkongsian wanita tersebut menerusi satu hantaran di sebuah laman grup Facebook mengundang perhatian warga maya yang turut meluahkan rasa simpati atas nasib yang menimpanya.
Menjengah ruangan komen, majoriti warga maya menyarankan supaya wanita berkenaan mengundur diri agar tidak terus dibelenggu masalah yang dicetuskan pihak lain.
“Bercerai sajalah, buat apa menanggung beban yang bukan sepatutnya. Baik hidup menjanda, lagi tenang tak ada nak serabut otak.
“Kembali hidup menjanda bersama anak-anak lagi baiklah. Bersuami tapi hanya menambah beban buat apa.
“Suruh suami tu cari kerja dan tanggung anak dia. Bukan tanggungjawab awak. Biarlah mereka nak burukkan. Kalau orang faham hukum, tak bodoh macam tu.
“Bukan tanggungjawab sis untuk tanggung biawak-biawak hidup tu. Bertegaslah untuk kesihatan mental dan emosi sis,” demikian antara komen netizen.
Turut baca :
Leave a Reply