Berang kari ayam habis dimakan, bapa bertindak ganas pukul anak sampai mati

Gara-gara berebut hidangan kari ayam, seorang lelaki di India berusia 32 tahun maut selepas dipukul dengan objek tumpul oleh bapanya dalam kejadian di negeri Karnataka, India baru-baru ini.

Memetik laporan India Times, kejadian tersebut berpunca daripada pertengkaran antara kedua beranak ini selepas mangsa yang baru pulang ke rumah mahu menjamu selera namun dia mendapati hidangan kari ayam tersebut sudah habis dijamah bapa.

Mangsa kemudian memarahi bapanya sehingga berlakunya pertengkaran mulut. Pertengkaran tersebut akhirnya membawa kepada serangan fizikal dan suspek bertindak ganas dengan mencapai kayu dan memukul anaknya sehingga mati.

Susulan daripada itu, suspek yang merupakan warga emas telah ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa dengan tuduhan membunuh.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*