GARA-GARA sakit hati apabila ibu dihina, seorang suami tergamak menghabiskan riwayat isterinya dengan menikam sebanyak 17 kali dalam kejadian di Kabupaten Pelalawan, Riau, Indonesia pada Ahad.
Ketua Polis Pelalawan, Inspektor Polis Pertama Kris Tofel berkata, pada awalnya, mangsa, Mona Fidyawatu Gule menumpang di rumah abang kandungnya sejak Rabu lepas.
Tidak lama kemudian, pelaku, Herman Laia menceroboh masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui Mona Fidyawatu di dalam bilik air.
Tanpa belas kasihan, Herman menikam Mona menggunakan pisau di dada sebanyak 17 kali.
Seusai membunuh isterinya, Herman melarikan diri dengan bergegas keluar daripada tempat kejadian.
Akibat tikaman itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan mangsa terbaring di dalam bilik air dengan berlumuran darah.
Pihak polis berjaya menahan Herma di kawasan Sorek, Pangkalan Kuras, Indonesia selepas enam jam kes itu berlaku.
Apabila disoal siasat oleh pihak polis, Herman mengakui dia mengambil keputusan untuk menghabiskan nyawa isterinya gara-gara sakit hati.
“Motif pembunuhan ini terjadi kerana pelaku sakit hati ibunya sering dihina oleh mangsa,” kata Kris Tofel.
Turut baca :
Leave a Reply