Belum pun 24 jam berkenalan, laki orang ditemui sembunyi bawah katil, elak ditangkap khalwat

Belum pun 24 jam berkenalan, seorang lelaki berstatus suami orang ditangkap khalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kulim.

Ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit ditemukan bersembunyi di bawah katil untuk mengelak dicekup pihak berkuasa tetapi gagal.

Pemeriksaan juga mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan sudah berkahwin.

Pasangan itu dipercayai berkenalan melalui aplikasi media sosial sebelum dicekup khalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada jam 10.15 malam.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim iaitu Anwar Shariffudin Mat Saad, lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai datang dari Perak kerana mempunyai urusan kerja sebelum bertemu dengan wanita berkenaan.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.” -Anwar Shariffudin

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*