Bekas ratu cantik ‘kantoi’ jual tiket Coldplay harga dua kali ganda

Bekas ratu cantik ‘kantoi’ jual tiket Coldplay harga dua kali ganda. Bekas pemenang sebuah pertandingan ratu cantik di Indonesia, Lycie Joanna JonSen memohon maaf kerana menjual tikat kumpulan rock Coldplay pada harga dua kali ganda lebih mahal, lapor laman berita Tribunvideo.

Menerusi akaun Instagramnya, Lycie yang pernah menjadi peserta ratu cantik Puteri Indonesia Intelegensia 2019 itu menjelaskan tujuannya menjual tiket tersebut pada harga yang mahal.

Katanya, dia berbuat demikian untuk membantu saudaranya menjual tiket tersebut.

“Saya meminta maaf atas salah faham ini. Saya hanya berniat membantu saudara untuk memasarkan dengan cara berkongsi keuntungan,” tulisnya.

Lycie turut menyatakan bahawa dia mendapat tiket tersebut menerusi ‘orang dalam’.

“Saya mahu minta maaf juga mengenai ‘orang dalam’ yang saya sebut. ‘Orang dalam’ yang saya sebut adalah saudara dan keluarga saya yang sudah mendapatkan tiket Coldplay ketika prajualan,” tulisnya lagi.

Dia menjual tiket pada harga 1.6 juta rupiah (RM492.71) untuk tiket 800,000 rupiah (RM246.36) dan 2.5 juta rupiah (RM769.86) bagi tiket berharga 1.3 juta rupiah (RM400.33)

Coldplay akan membuat persembahan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada November depan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*