Bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia

TAN Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, jam 11.08 malam tadi.

Menurut kenyataan di Facebook rasminya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Sebaik selesai pengurusan di Masjid Umar Al Khattab, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

“Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam,” demikian kenyataan menerusi Facebook rasminya itu.

Abdul Khalid, 76 tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak serta dua cucu.

Pada 23 April lalu, Abdul Khalid dilaporkan dimasukkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada injap jantung.

Pada 24 Julai pula, beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 pada 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan dan menerajui Selangor sehingga 22 September 2014.

Beliau adalah Menteri Besar Selangor yang pertama dari parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menggantikan Dr Mohamad Khir Toyo.

  • Turut baca : {VIDEO} Jatuk 1 kali, bangkit 10 kali…” Atlet angkat berat negara berjaya pikul 142KG bikin ramai meremang
Bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*