“Baru 5 bulan nikah…” Suami ‘tangkap’ isteri curang dengan suami orang

“Baru 5 bulan nikah…” Suami ‘tangkap’ isteri curang dengan suami orang. Tidak dinafikan, pasangan yang melalui fasa perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukanlah suatu perkara yang mudah. Kesetiaan suami isteri mula teruji apabila mereka berjauhan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang ketiga yang cuba untuk mengisi kesunyian.

"Baru 5 bulan nikah..." Suami ‘tangkap’ isteri curang dengan suami orang

Hanya baru berusia lima bulan usia perkahwinan, seorang lelaki diuji apabila si isteri berlaku curang di belakangnya. Kecurigaannya mula timbul apabila dia mendapat tahu bahawa si isteri kerap membeli-belah atas talian meskipun mempunyai masalah kewangan.

Baru nikah 5 bulan isteri curang dengan orang yang saya kenal.

Walau bagaimanapun, akhirnya si suami pulang ke rumah selepas diberitahu oleh penduduk setempat di mana mereka melihat wanita berkenaan sering pulang ke rumah pada pukul 2.00 pagi bersama seorang lelaki.

Aku kerja di Bogor dan isteri aku tinggal dengan ibu bapanya.

Penduduk setempat bantu aku sembunyi biar aku tak terkantoi dan mereka jadi saksi.

Difahamkan, si suami terpaksa menunggu selama tiga jam menanti kepulangan wanita berkenaan. Alangkah remuknya hati seorang suami apabila melihat isterinya balik berdua-duaan dengan lelaki lain. Bukan itu sahaja, lelaki terbabit merupakan suami orang.

Tidak terhenti di situ, rupa-rupanya wanita berkenaan sering dijemput dan dihantar oleh lelaki berkenaan. Lebih menyakitkan hati apabila si isteri memilih kenalan mereka sebagai skandal.

Yang selalu bawa dia ni aku kenal. Lelaki dah tua dan ada isteri. Aku siap pernah lepak minum dengan pakcik ni.

Rupanya masa kami sedang bercinta, pakcik ni dah suka dengan dia (isteri) sampai lah dah berkahwin.

Dalam pada itu, turut kedengaran si suami bertubi-tubi meluahkan rasa marahnya kerana kesetiaan serta kegigihan bekerja untuk memberi nafkah dipersiakan begitu sahaja. Difahamkan, pasangan itu kini sedang dalam fasa untuk berpisah.

Sakitnya tengok isteri curang dibelakang kita. Kita bekerja merantau hanya kerana duit.

Saya memang nak bercerai tapi saya nak buktikan bahawa firasat saya betul kerana dia masih isteri saya dan belum rasmi bercerai saya masih ada hak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*