Bapa kecewa ditawar RM150 dari ahli politik, tutup kes rogol anaknya berusia 9 tahun.
Seorang ahli politik didakwa menawarkan 500,000 rupiah (RM150) bagi menutup kes seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dirogol oleh guru silat.
Sehingga kini, belum berlaku sebarang tangkapan terhadap suspek walaupun kejadian tersebut sudah berlaku sejak dua tahun lalu.
Lapor Kompas.com, bapa mangsa di Sukodono, Jawa Tengah kecewa kerana keadilan untuk anaknya belum ditegakkan sehingga hari ini.
Turut baca
- Lelaki maut ditembak depan restoran, saksi ‘dedah’ mula kejadian
- Akibat gagal bayar hutang, lelaki diperkosa pengedar dadah
- {VIDEO} “Selamba tak pakai topi keledar…” Wanita hadap abam polis sambil cekak pinggang
Difahamkan, suspek masih hidup bebas di kawasan kejiranan sama dengan keluarga mangsa.
“Saya cuba menuntut keadilan sehingga pernah ditawarkan wang tunai daripada ahli politik untuk menutup kes rogol tersebut,” katanya.
Bapa mangsa mendedahkan pernah diarah oleh pihak polis untuk mencuci barang bukti tersebut.
“Pihak polis sudah mengambil barang bukti seperti seluar dalam dengan tompokan darah dan cecair sperma suspek.
“Sampai sekarang masih jadi pertanyaan ke mana barang bukti itu sehinggalah saya disuruh mencucinya di hadapan anggota polis,” katanya.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Institut Bantuan Perundangan, Mawar Saron Solo yang menemani ahli keluarga mangsa.
Jelasnya, barang bukti seperti seluar dalam suspek diperoleh dari bilik air.
“Pihak polis mengarahkan barang bukti tersebut termasuk tikar dan kain lap sisa sperma dicuci oleh ahli keluarga.
“Ibu bapa mangsa malah pernah diganggu suspek sehingga mangsa dan keluarganya terpaksa bersembunyi di hutan selama sehari,” katanya.
Leave a Reply