Bapa durjana ‘ratah’ tiga anak kandung sejak 2012 diheret ke mahkamah

Seorang pekerja ladang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 34 pertuduhan amang seksual dan merogol serta seks oral tiga anak kandungnya sejak 2012 hingga Oktober lalu sehingga salah seorang mangsa hamil tujuh bulan.

Tertuduh yang berusia 41 tahun itu, membuat pengakuan bersalah atas 15 pertuduhan merogol, amang seksual fizikal 10) dan dua seks oral.

Manakala mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan merogol dan masing-masing satu seks oral serta amang seksual fizikal.

Lelaki itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki durjana itu didakwa merogol anak kandungnya sendiri yang masing-masing ketika kejadian berusia enam dan tujuh tahun sebanyak 20 kali selain 11 amang seksual fizikal serta tiga kali seks oral.

Kesemua perbuatan terkutuk itu dilakukan tertuduh di enam lokasi berasing iaitu Sungai Muda Darat, Sungai Belukang, Sungai Gersik Darat, Sungai Gersik, Sungai Sudah Laut dan Sungai Pulai dalam daerah Muar antara sejak 2012 sehingga Oktober tahun ini.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 14(a), Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (amang seksual) serta Seksyen 377D Kanun Keseksaan (kelucahan melampau).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim tidak membenarkan jaminan diberikan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan itu dilakukan adalah serius.

Mahkamah menetapkan 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tarikh jatuh hukum.

Kosmo! pada 29 Oktober melaporkan seorang bapa kandung sanggup merogol dan amang seksual terhadap tiga anak kandungnya sendiri sehingga salah seorang hamil tujuh bulan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian sumbang mahram yang dilakukan lelaki itu sejurus pihaknya menerima laporan pada 28 Oktober lalu sebelum diberkas polis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*